Yakinlah bahawa bulan ini penuh dgn barakah. Kita tidak perlu makan pagi,tengahari atau petang. Jika pandai mengurus masa..kita ada kelebihan disitu. Kita punyai masa yang agak berlebihan untuk belajar. Sesudah atau sebelum sahur juga boleh dimanfaatkan untuk ulangkaji....Oh tapi, masalahnya badan semakin letih. Otak semakin sendat dgn maklumat yang separuh masak. Masihkah ada sinar dan harapan untuk mengubah sesuatu yang hampir mustahil???
Oh sudah tentu ada..tetapi hanya yang berfikiran positif sahaja layak untuk melakukannya.
Harus faham bahawa ramadan ini bukanlah masa untuk merasa longlai tatkala menelaah prinsip Archimedes. Bulan in juga bukanlah masa utk merasa lesu tatkala pening memahami hukum Lenz. Mengapa harus rasa letih..kita bukan disuruh berperang secara fizikal. Walhal para sahabat ulung di zaman nabi telah membuktikan kerana ruh ramadan mereka berjaya dengan cemerlang di medan Badar yang pada mulanya hampir mustahil untuk menang. Mereka juga mungkin rasa lapar dan dahaga. Namun,kenapakah mereka berjaya?? Sesungguhnya mereka adalah manusia hebat, berdisiplin, bersemangat dan yang terpenting mendapat rahmat serta pertolongan ajaib dari yang Esa.
Oleh itu usah rasa ragu pada kejaiban ramadan. Kuatkan semangat dan tenaga untuk memecah tembok kebuntuan yang sudah terlalu lama mencengkam. Banyaklah memohon dan bersujud dgn rasa rendah diri padaNYA. Pohon juga kemaafan pada guru yang mungkin sering dicondemn' tatkala diri sendiri tidak bersunguh2 untuk faham. Harapnya redha Tuhan dan redha guru akan memberi cahaya baru.Maka akan cair aura mazmumah dan akan terang hati yang bakal menyuluh akal. Mudah-mudahan semangat ramadan mampu memberi sinar walaupun ketika di penghujung jalan.
nukilan cikgufizik,
5 Ramadan 1432 H
No comments:
Post a Comment