Walau bagaimanapun, jika anda masih mempunyai ciri-ciri berikut..bersedialah untuk berubah secara total:
jika anda seorang pemalas..jadilah pelajar yg rajin..lagipun ada 9 subjek nak study..terus terang saya katakan ianya bukan mudah
jika anda seorang 'penggila game'.....SPM tahun depan dah..main-main gak, study jgn lupa..tapi kalau masih degil, anda bakal menyesal pada bulan Julai 2010..
jika anda seorang pembuang masa yg setia di laman facebook,myspace,etc...hmm cukuplah..pandai-pandailah bahagikan masa..jika tidak anda juga bakal menyesal pada bulan Julai 2010..
jika anda suka tidor...apa lagi nak dikata.. hargailah masa yg ada sebelum anda 'tertidur' selamanya
jika anda malas sembahyang..hai ingatlah..Jgn hanya berlagak alim bila dekat exam, kerana Allah Maha Melihat..so rajin2 lah sembahyang dan byk berdoa drp sekarang
jika anda tiada cita-cita & tujuan hidup...selamilah diri sendiri, carilah sesuatu matlamat yg bakal menjadikan anda seorang yang berguna untuk keluarga & masyarakat..
Jika anda benci subjek fizik..mulailah belajar menyukainya dan mencintainya..kerana selagi ada rasa benci, amat susah anda hendak memahaminya.. rasa cinta hanya akan hadir jika kita cuba mengenal dan memahaminya dgn penuh tekun & sabar
Akhir kata..jadikanlah Hijrah tahun ini sebagai pemangkin untuk kita menjadi pelajar & insan yang lebih positif....berubahlah demi kebaikan.
Wassalam..
1 Muharram 1431
No comments:
Post a Comment